Setelah berbulan - bulan berusaha untuk menjayakan program
Temasya Highlanders, akhirnya tiba hujung minggu Temasya Highlanders. Semua ajk
sanggup menghabiskan masa cutinya untuk menyertai perkampungan pada awal sem
ini bagi menjayakan Temasya Highlanders’16.
Minggu lepas merupakan minggu yang kami pasrah
kerana kami telah mendedikasikan beberapa bulan hanya untuk melihat Temasya
Highlanders’16 berjaya. Kami meletakkan harapan yang tinggi kerana pada tahun
ini, kami mengadakannya di Dataran Panggung Seni selepas bertahun-tahun
menganjurkanya di Kolej kediaman kami iaitu Kolej Ibrahim Yaakub. Alhamdulilah
dengan rahmat Allah S.W.T. program kami telah berjaya dan penanda aras bagi
Temasya Highlanders telah ditetapkan untuk dicontohi oleh ahli jawatankuasa
yang mengambil alih pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment