Tuesday, 19 April 2016

Cuti

Cuti pertengahan semester bakal tiba pada 9 April. Aku menjadi tak sabar nak balik ke rumahku. Kuliah makroekonomi aku pada petang jumaat 8 April telah ditamatkan awal iaitu pada jam 5 petang. Makin tak sabar aku. Aku pun call kakak aku dan minta dia jemput aku dari uni. Dia cakap dia akan datang lepas pukul 6. Aku pun balik bilik dan tunggu dia datang. Tiba – tiba anak buahku Rizwan, call aku. Dia cakap dia jatuh. Tangan dia berdarah. Dia dekat hospital Pantai. Aku tak berapa nak faham dia cakap ape. Aku terus call mak aku. Tanya kenapa dengan Rizwan. Mak aku cakap takde ape. Dia ok. Lepas tu aku call abang aku. Aku tanya dia. Dia pass phone dekat abang ipar aku. Abang ipar aku explain apa yang berlaku dekat aku. Rupanya, sink bilik mandi dekat rumah kakak aku tiba – tiba jatuh mase anak buah aku tengah basuh tangan. Bahagian paling luar telinga dia terbelah dua. Ibu jari dia dan jari kelingking dia pun tercedera teruk. Semuanya memerlukan jahitan. Lepas menjalani pembedahan untuk menjahit semua kecederaan dia, maka dia pulang ke rumah sehari selepas hari kejadian. Begitulah permulaan cuti semester aku yang penuh dengan peristiwa. 

No comments:

Post a Comment