Monday, 25 April 2016

Ujian

Pelbagai jenis ujian telah aku hadapi sepanjang kehidupan aku di muka bumi. Ujian yang paling mencabar bagi aku merupakan ujian apabila aku ditimpa kesakitan. Al kisahnya macam ni. Pada umur 9 tahun, aku tiba- tiba sakit kepala yang sangat teramat. Selepas beberapa jam aku didiagnosis dengan Arteriovenous Malformation. 

Kesihatan aku semakin teruk dengan kadar yang laju. Aku terpaksa memasuki dewan bedah awal pagi hari keesokkannya. Penbedahan aku mengambil 6 jam, 52 pin stapler di kepala aku dan parut yang menjadi sebahagian daripada diri aku. Selepas berada di hospital selama 12 hari, aku dibenarkan pulang. Aku hanya mengambil cuti daripada sekolah selama 30 hari. Ye la, takut terlepas. 

Fasa ini bukan sahaja menjadi ujian bagi aku tetapi juga menjadi ujian bagi keluarga aku yang sangat sabar dengan aku. Selera aku hilang, berat badan aku semakin hari semakin berkurang. Tetapi Alhamdulilah dengan rahmat Allah S.W.T. proses pemulihan aku sangat cepat.

No comments:

Post a Comment