Sesuatu yang bukan milik semua orang.
Sesuatu yang ada dan tiada.
Hadirnya peluang mungkin kerana takdir, nasib ataupun usaha seseorang.
Gunalah peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin kerana peluang kedua
mungkin tidak akan datang lagi.
Manusia seringkali menghiraukan peluang yang ada dan lebih gemar
mengejar peluang yang tiada lagi
Natijahnya, mereka menyesali perbuatan tersebut tetapi ia sudah
terlambat kerana nasi sudah menjadi bubur.
Sentiasa hargailah masa yang kita dapat luangkan bersama yang tersayang
kerana kita tidak tahu bila masa terakhir kita bermasa mereka.
Juga hargailah persahabatan kerana peluang untuk menjadi sahabat handai
seseorang adalah amat tipis.
Akhirnya, peluang adalah emas. Hargainya dan janganlah membazirnya.
No comments:
Post a Comment