Nadia Nasim
Monday, 30 May 2016
Sesal
Hidup di muka bumi yang cukup indah ini haruslah bebas daripada penyesalan. Hargailah setiap hari, setiap minit, setiap detik bersama yang tersayang tanpa rase ragu - ragu. Setiap apa yag kita lalui mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. Mungkin kita tidak faham kepentingannya sekarang tetapi percayailah, suatu hari nanti semuanya akan jelas terbukti bahawa apa yang telah berlaku mempunyai maksud yang amat penting bagi kehidupan kita. Menyesal selepas melakukan sesuatu tidak akan memanfaatkan sesiapa pun. Walhal ia akan menyukarkan situasi kerana individu yang sesal akan asyik memikirkan tentang perkara yang telah dilakukan oleh nya. Bukan yang keruh ambil yang jernih. Lihatlah situasi tersebut dengan pandangan yang positif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment