Ribuan Terima Kasih Kepada Kamu
Thursday, 12 May 2016
Putus
Putus kata kamu adalah yang terakhir. Tiada sesiapa yang berani bersuara selepas itu. Bukan kerana takut. Tetapi kerana hormat. Kami tahu keputusan kamu adalah yang terbaik dan menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua. Itulah sebab kami memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kamu. Kamu tidak putus - putus menjaga kami. Sehingga kamu sanggup mengorbankan masa hadapan kamu hanya untuk kami. Kami menghargai kamu. Terima kasih. Terima kasih kerana menjadi orang yang sanggup menerima kami selepas ketiadaan orang tua. Kamu memastikan pertalian darah di antara adik beradik kandung tidak terputus hanya sebab harta. Kamu menjadi sebab kami semua bersatu. Tanpa kamu kami tiada hala tuju dan menjadi buntu. Disebabkan semua itu kami semua ingin berterima kasih kepada kamu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment